Wednesday, June 10, 2009

HATI KAMA

Hari ini hati seakan di tusuk sembilu. Susah sangat ke permintaan aku ni.. Rasanya dah selalu sangat terkena menda2 macam ni. Aku pun bukanlah perfect sangat cuma aku mengharapkan kerjasama dari rakan2 sekerja tatkala meminta sesuatu yang memang kuharapkan daripada mereka... Hati tabahlah. Sesungguhnya hari ini memang bukan hariku. Apa yang aku tahu Allah itu maha kaya...

Wednesday, June 3, 2009

MAJLIS PERPISAHAN BUAT MAHATHIR

Hari ini kami semua meraikan hari2 terakhir bersama Mahatir. Walaupun tak lama sangat bekerja bersama2 dengannya tapi hubungan kami semua masih akrab... Buat Mahathir, semoga berjaya dalam apa jua bidang pekerjaan yang diceburi.. Semoga lekas2 menimang cahaya mata ..

Thursday, May 28, 2009

Happy Birthday Zila

Selamat Ulangtahun Sahabatku. Semoga kau sihat selalu. Hari ini teman2 sepejabatku membuat kejutan untuk rakan ku yang seorang ini. Terpancar riak keriangan di wajahnya. Aku turut serta dalam agenda yang tak dirancang ini. Semenjak aku dipindahkan ke ofis dibahagian admin ini, Zila lah yang akrab denganku. Kepadanya segala masalah kucurahkan. Suka dukaku kini bersamanya. Zila yang aku kenal mengambil berat masalah teman2 yang baik dengannya. Zila semoga kau akan beroleh rahmat dan kesejahteraan sepanjang hayatmu. Semoga tabah menempuhi segala dugaan dalam kehidupan yang penuh ranjau ini. Semoga ikatan perkahwinan mu bahagia sehingga ke akhir Hayat.
Happy Birthday Zila ...........

Saturday, May 16, 2009

Hari ini buat pertama kalinya aku menaiki bas, komuter dan lrt sendirian. Semuanya gara-gara niatku yang ingin menyambung pelajaran.. Tiba2 rasa sayu lak ... entah kenapa aku teringatkan anak2 dan suami dirumah. Maklumlah, sejak mendirikan rumah tangga 12 tahun yang lalu aku tidak pernah berjalan sendirian. Tapi demi menuntut ilmu aku beranikan diri seperti sudah biasa dengan pengangkutan awam yang memang jauh dari kamus hidupku... Akhirnya aku berjaya jua ketempat belajarku sendirian.. Dari jam 9.00 - 5.45 aku menatap wajah2 tenaga2 pengajarku seorang demi seorang. Ku pasangkan niat untuk berusaha kearah yang lebih baik dan menjadi salah seorang penuntut terbaik. Insya Allah...Usai waktu rehatku, suami ku mengirim SMS. Sayu hati tatkala membacanya ... cukuplah diri ini sendiri yang mengetahuinya serta Allah yang maha esa. Bergenang airmata ini.... Abang, Ecah terlalu memahami keadaan kita. Semoga suatu hari nanti kita akan perolehi kesenangan, bukan sahaja di dunia malah diakhirat. Doa abang dan anak2 sentiasa mengiringi Ecah...

Wednesday, May 13, 2009

Saja je nak cuba

Hari ini, aku ada berani sekali lagi nak belajar2 tulis blog. Mungkin ini cara terbaik untuk meluahkan isi hati yang terbuku... Sahabatku 'L' mengajar semuanya ini.. TQ L